
Halia Hitam atau Kaempferia parviflora atau Krachaidum (dalam bahasa Thai) adalah tanaman herba dalam keluarga Zingiberaceae. Ia dijumpai di kawasan tropika seperti Thailand, Malaysia, Sumatera dan Pulau Borneo.
Halia hitam telah lama digunakan sebagai ubat-ubatan rakyat selama berabad-abad. Sejumlah kajian farmakologi mendapati Halia hitam telah menunjukkan sifat-sifat berikut: anti-allergenik, anti-radang, anti-mutagenik, anti-depresif, anti-kolinesterase, anti-mikrobia, anti-kanser, anti-peptik ulser, kardioprotektif, aktiviti anti-obesiti dan afrodisiak