Day 2 MXB Melbourne Visit – Yarra Valley

Hari ke 2 bermula dengan menaiki tram ke city dan menunggu tour minibus di depan Adina Hotel Melbourne. Mr Colin May, the owner of Melbourne Australia Tours, yang drive minibus hari ini. Kumpulan kecil jer, ada 4 orang Australian dari Brisbane join tour bersama kami ke Dandenong Ranges and Yarra Valley.

Aira masih tidur lagi dalam minibus.
Aira masih tidur lagi dalam minibus.
Peta perjalanan hari ini.
Peta perjalanan hari ini.

Perhentian pertama ialah di Grants on Sherbrooke, hentian di Banjaran Dandenong untuk bersarapan dan beri makan burung rosella (sejenis burung kakak tua Australia). Pakej tour kami termasuk semua tiket dan makan minum, so tak perlu risau lagi cost tambahan.

Aira masih demam sebab tu tak senyum.
Aira masih demam sebab tu tak senyum.

Tak jauh dari hentian tu, kami ke stesen Belgrave untuk menaiki “Puffing Billy” Steam train ke Lakeside, Emerald untuk menikmati permandangan Banjaran Dandenong. Kereta api ini telah berusia lebih 1 abad dan masih berjalan di atas landasan asli sejauh 25 km dari Belgrave ke Gembrooke. Yang bestnya, gerabak ni terbuka dan boleh duduk di tingkap sambil goyangkan kaki di tepi gerabak.

This slideshow requires JavaScript.

Mr Colin dah menunggu kami dengan minibusnya di Lakeside. Dia sempat belikan ubat ‘Bonjela’ untuk kebaskan gusi Aira sebab Aira demam dan sakit gigi nak keluar. Seterusnya kami bertolak ke Yarra Valley dan berhenti di Warratina Lavender Farm. Di sini boleh cium2 bau bunga lavendar, minum tea lavendar dan beli barang2 berkaitan lavendar seperti sabun, hand lotion dan gula-gula.

Warratina Lavender Farm
Banyaknya lavendar
Banyaknya lavendar
Red Rpses
Red Roses

Perut dah mula lapar. Kami kemudiannya pergi ke Fergusson Winery and Restaurant untuk lunch dan melawat ladang anggur. Australians yang lain boleh wine sampling, kami cuma minum apple and orange juices. Mereka hidangkan grilled salmons untuk kami, memang sedap.

This slideshow requires JavaScript.

Masa kami datang ni, ladang buah-buahan di Yarra Valley masih belum buka lagi. Buah lambat masak sebab faktor cuaca. So Mr Colin May ubah tour kami ke Winery tour tanpa perlu tambah kos. Walau bagaimanapun, kami seronok tengok permandangan di Yarra Valley ni.

Seterusnya kami ke ladang Acacia Ridge Cellar Door. Tempat ni orang selalu tempah buat Wedding Reception berlatar-belakang ladang wine dan bukit.

Siapa nak kahwin kat sini?
Siapa nak kahwin kat sini?
Acacia Ridge Cellar Door
Acacia Ridge Cellar Door

Stop seterusnya di Yileena Park Winery. Kat sini ada bangunan rumah 2 tingkat. Tong simpanan wines di letak dalam basement, dan tetamu boleh sampling wines di tingkat atas sambil tengok permandangan Yarra Valley.

Yileena Park
Yileena Park
Tong Wine di Yileena Park
Tong Wine di Yileena Park
Nyamannya...
Nyamannya…

Yarra Valley kini diiktiraf sebagai salah satu daripada negara pengeluar utama wain iklim sejuk di Australia. Yarra Valley offers fine sparkling wines, exceptional Chardonnay, complex Pinot Noir and world class Cabernet Sauvignon and Shiraz.

Tempat terakhir kami lawati adalah Yarra Valley Chocolatier and Ice cream. Kat sini boleh sampling chocolate sampai lebam. Kami belikan Ice Cream untuk Aira.

Pilih mana yang suka?
Pilih mana yang suka?
Pekerja tengah buat Coklat
Banyaknya nak pilih..
Banyaknya nak pilih..
Boleh pengsan makan Ice Cream.
Boleh pengsan makan Ice Cream.
Dah beli coklat. Jom balik
Dah beli coklat. Jom balik

Dah kenyang makan Ice Cream dan minum Hot Chocolate, kami gerak balik ke Melbourne CBD. Boleh tengok video perjalanan kami seharian pula:

Esoknya kami akan ke Phillip Island tengok koala dan penguin. Sesiapa ada pertanyaan mengenai Melbourne trip boleh beri komen ya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s