Pada 28 October 2016, kami bertiga berkesempatan bercuti di Melbourne selama seminggu. Kami menaiki pesawat Air Asia jam 10.10 am dan tiba di Tullamarine Melbourne Airport jam 9 pm. Masuk Australia kena ada visa. Boleh dapatkan di website Electronic Travel Authority. Kos perkhidmatan visa online ni AUD20 seorang, tetapi kalau nak lebih murah boleh jer google di internet travel agent yang buatkan untuk anda semurah RM30.

Waktu di Australia 3 jam lebih awal dari Malaysia. Sekarang ni musim bunga dan sunset lebih kurang jam 8.30pm. Bila tiba di Melbourne Airport, kami declare ada bawa susu baby, makanan dan ubat-ubatan. Imigresen di Australia memang ketat sebab mereka kena jaga keselamatan industri ternakan dan pertanian di Australia dari apa-apa jangkitan. Jika tak sure apa yang patut kena declare, check website Australian Immigration ya! Di airport, mereka tak check beg kami pun sebab ramai orang tiba masa tu.


Kami dah book tempat tinggal di homestay kat Coburg, Melbourne. Kami tunggu sorang student Malaysia untuk pick up depan Park Royal Hotel (betul2 bertentangan dengan Airport).

Kami sempat singgah beli kebab dan juga makanan ringan untuk breakfast keesokan hari. Fresh milk murah sangat… AUD3 for 2 litres bottle.
Bilik di homestay Coburg AUD80/night, agak murah dibandingkan dengan tempat2 yang kami tengok di AirBnB. Tempat ni berdekatan dengan Bell St. tram stop and direct to Melbourne CBD.

Kalau yang prefer hostel atau hotel, boleh aje book di link Agoda.com ni (kidin dah set link untuk area Melbourne dari harga terendah ke tertinggi. Make sure tengok map dulu agar berdekatan dengan tram atau train stops ke Melbourne CBD).
Malam pertama di Melbourne, baby Aira menangis sepanjang malam. Badannya panas dan dia tak mahu minum susu tepungnya. Kami ada juga bawa Panadol syrup dan Paracetamol sub untuk dia. Bila hari dah siang, kami bawa Aira jumpa doctor di Coburg Family Medical Centre. Nak jumpa doctor kena bayar dulu AUD50 sebagai consultation fee. Doctor beritau Aira tengah teething lagi dan demam.

Host homestay ada pinjamkan kad MyKi untuk kegunaan di tram atau train. Kami top up kad AUD30 setiap satu memandangkan kami akan guna tram setiap hari ke kota Melbourne. Boleh tukar naik turun tram dalam masa 2 jam dengan charge AUD3.90


Tengahari kami pergi ke Queen Victoria Market. Pasar ni memang bersih dah kering. Kami sempat beli blueberry dan rasberry dan ronda2 keliling QV market. Tip: sourvenirs kat sini lebih murah dari tempat2 lain di Melbourne. So sebelum balik Malaysia nanti, kami pasti akan singgah sini lagi. QV market tutup setiap hari Isnin dan Rabu, dan juga ketika Public Holiday. So anda kena pelan betul2 bila nak melawat QV market ni. Waktu operasi pun berbeza2 setiap hari. Hari yang kami pergi tu, market tutup pukul 2 pm.


Kemudian kami naik tram (dalam free zone) ke Bourke St Mall untuk activate prepaid Optus simcard. Malam tadi try activate online tak menjadi, so kami ke kedai Optus untuk settlekan masalah phone. Good customer service! Pelan prepaid ni AUD2 per day – unlimited local calls and 500MB internet data/day. More than enough for us. Sebenarnya banyak lagi tempat di Melbourne CBD yang kami plan nak pergi, tapi memandangkan Aira tak sihat kami pulang semula ke Coburg dengan menaiki tram depan H&M building.
Jika ada apa2 nak tanya tentang Melbourne Visit, boleh jer message di komen bawah ni atau whatsapp Kidin +60176486196. Tengok catatan hari ke 2 pula ya!