Tip untuk berjaya di dalam Network Marketing.

IMG_20151221_014725-picsay

Bagaimana untuk berjaya di dalam Bisnes Network Marketing?

1. Boleh dilatih. Network Marketing atau MLM adalah bisnes duplikasi. Mereka yang telah berjaya akan berkongsi rahsia kejayaan mereka, dan anda hanya perlu mendengar dan buat apa yang mereka beritahu.

faezah3

Mereka yang berjaya telah melakukannya, dan mempunyai bukti pendapatan dan aset – maka jadilah orang yang senang dilatih, dan duplikasikan kejayaan mereka.

2. Capaikan impian, matlamat dan tindakan anda. Kenal pasti impian anda dahulu. Bayangkan rumah impian anda, kereta, percutian, cara hidup dan sebagainya.

IMG-20151016-WA0049

Dari impian itu, tuliskan matlamat anda. Matlamat adalah langkah yang perlu diambil untuk mencapai impian anda. Contoh, jika kereta impian anda adalah Mercedes CLS400 dengan harga RM500,000 dan bayaran bulanan RM3,500. Apakah langkah2 yang perlu untuk mencapai impian itu. Penambahan pendapatan mungkin diperlukan, maka matlamat anda ialah meningkatkan bonus bulanan anda kepada RM10,000 contohnya.

Kemudian pecahkan matlamat anda kepada Tindakan. Untuk mendapat bonus RM10,000 apa yang perlu anda buat. Kongsi peluang perniagaan MXB kepada 10 orang sehari?

impian

3. Kerja. Network marketing telah melahirkan lebih ramai jutawan dari industri lain. MLM bukan skim cepat kaya, anda hanya menjadi kaya dengan bekerja keras.

Ramai orang gagal kerana mereka menganggap bisnes MLM mereka sebagai hobi, hanya bekerja bila ada masa terluang. Sebaliknya orang yang berpendapatan tinggi di dalam MLM bekerja keras setiap hari. Katalah selepas meneliti jadual kerja hakiki anda, anda hanya boleh memperuntukkan 10 jam seminggu untuk bisnes MXB. Ambil diary anda dan tandakan slot masa yang sesuai. Ingat, kerja bukanlah membuka email atau melayari internet. Kerja di dalam MLM ialah menemui prospek, follow up, mendaftar ahli baru, menghadiri latihan dan memberi sokongan kepada downline.

hq

Permulaannya, anda harus menghabiskan 90% masa untuk ‘prospecting’, presenting, follow up dan mendaftar ahli baru. Setelah network anda berkembang, anda boleh memberi lebih masa kepada latihan dan sokongan. Tetapi jangan sekali-kali berhenti prospecting, atau bisnes anda akan mati.

4. Jadi konsisten berterusan. Kebanyakkan networker mengalah awal. Mereka harap mendapat RM10,000 sebulan, dan bila tidak dapat, mereka berhenti. Anda memerlukan masa untuk membina rangkaian anda. Anda perlu ada ramai kawan, beri banyak presentasi dan mengharung pelbagai halangan (‘rejection’). Walau bagaimanapun, orang yang konsisten pasti berjaya. Jangan ‘give up’ kerana anda akhirnya akan berjaya.

5. Buat sejuta kawan. Anda hanya akan berjaya di dalam networking jika anda membantu ramai orang lain menjadi kaya dan berjaya. Jadi, keluar dan cari kawan baru yang boleh anda bantu untuk berjaya di dalam bisnes MXB anda. Lupakan kemahuan dan kehendak anda, sebaliknya berkhidmat kepada kawan-kawan anda. Lebih banyak kawan yang anda buat dan bantu, lebih besar peluang anda untuk berjaya dan menjadi jutawan MXB.

Kidin Sam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s