Resepi Kek Suji Vken

Hari ni kidin belanja resepi kek Suji Vken.. Dah 16 tahun tak buat kek. Ni pun pernah tengok Izzat punya great grandma buat kek Suji.

Bahan-bahannya:20151126_194314

  • 100g tepung Suji
  • 150ml susu segar
  • 250g mentega (unsalted)
  • 220g gula halus
  • 4 biji telur + extra 1 telur merah
  • esen vanilla
  • 250g tepung naik sendiri
  • susu cair (1/4 tin)
  • wristlet vken – untuk beri tenaga memukul mentega dan telur sebab tak guna hand mixer.

Cara-caranya:
1. Masukkan suji dan susu segar di dalam mangkuk dan biarkan selama 1/2 jam hingga suji kembang.
2. Pukul mentega dan gula sehingga berkrim di dalam mangkuk besar. jangan lupa pakai wristlet di tangan kanan….
3. Pukul telur di dalam mangkuk lain sehingga kembang.
4. Masukkan telur yang telah kembang ke dalam campuran mentega dan gula.
5. Tambah esen vanilla (lebih kurang satu sudu kecil)
6. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
7. Masukkan suji tadi dan kacau. Anda boleh juga tambah kismis atau badam jika suka.
8. Tambah susu cair ke dalam campuran agar kek berlemak sikit.
9. Bakar adunan dalam loyang pada suhu 175C selama 40 minit atau sehingga masak.

20151126_203827

Kidin terlebih masak sebab sibuk menjaga Aira Arianna.. kek terbakar sedikit. He he.

20151126_211824

Lepas ni bila buat homeparty MXB, boleh share makan kek suji Vken pula. Selamat mencuba ya…. Kidin nak makan kek dulu.

20151126_221118

Hmm.. moist.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s