Diabetis atau Kencing Manis

Ramai rakan-rakan yang berusia 35 tahun ke atas mengadu mengidapi penyakit diabetis atau kencing manis. Cara paling mudah untuk mengetahui sama ada anda mengidap kencing manis ialah dengan melakukan ujian darah untuk kandungan gula di klinik atau farmasi berdekatan.

Tahap Normal Gula di dalam darah (‘Blood Sugar Level’):

  • 3.9 – 5.5 mmol/L (Fasting atau berpuasa sekurang2nya 8 jam)
accucheck

Sekiranya ‘Fasting Blood Sugar’ anda melebihi 7.0 mmol/L, anda mengidap penyakit darah tinggi. Antara tanda2 yang anda mengidap penyakit ini ialah:

  1. Paras gula dalam darah tinggi – Tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat selepas kita makan. Organ Pancreas di dalam badan akan menghasilkan insulin untuk merendahkan tahap gula. Tetapi jika tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
  2. Sentiasa dahaga dan kerap kencing pada waktu malam – Apabila terdapat terlalu banyak gula dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga and hendak minum banyak air lagi.
  3. Hilang berat badan yang cepat – Jangan terlalu gembira sangat bila tiba-tiba berat badan anda menurun. Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, sekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Apabila hormon insulin tidak membekalkan gula ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak sebagai sumber tenaga alternatif.
  4. Sentiasa rasa lapar – Apabila anda tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, gula tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa  lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh. Badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih gula untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
  5. Luka lambat sembuh – Ini tanda penting kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh gula yang berlebihan di dalam saluran darah. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.
  6. Keletihan dan cepat marah – Usaha badan anda yang berlebihan untuk mengimbangi kekurangan gula akan membuat anda letih. Terpaksa bangun kerap waktu malam untuk ke tandas dan menganggu tidur anda. Letih sepanjang masa akan membuat anda cepat marah.
  7. Terdedah kepada jangkitan kulat – Wanita terutamanya perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetis melemahkan imunisasi, dan anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, seperti yis dan jangkitan kulat yang lain.
  8. Penglihatan kabur – Apabila gula dalam darah adalah tinggi, ia menggangu salur darah halus di dalam mata (retina), mengubah bentuk kanta dan cecair mata, menyebabkan penglihatan kabur. Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal. Gula darah yang tinggi untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal atau buta.
  9. Sensasi pada tangan dan kaki – Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki merupakan tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis.
  10. Kulit gelap – Apabila kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap, anda sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

Saksikan Testimoni produk volten yang merupakan supplement untuk penyakit kronik:

Sekiranya ada yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai penyakit kencing manis dan juga produk Volten, sila hubungi Kidin +60176486196 atau order online di www.wasep.me/newkidin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s