Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi berlaku apabila tekanan darah yang dikenakan ke atas dinding salur darah (artery) terlalu tinggi. Tekanan darah yang normal adalah 120/80 (sistolik/diastolik). Jadi apabila tekanan darah sistolik melebihi 140 atau diastolik melebihi 90, ini menunjukkan anda mempunyai masalah darah tinggi.

Selalunya, tekanan darah tinggi atau hypertensi tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Kadang-kadang anda mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala. Komplikasi tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang, mata dan mengakibatkan kerosakan. Periksa tekanan darah anda selalu di Klinik Kesihatan, farmasi atau beli sahaja alat pemeriksaan darah tinggi.

Pada tahun 2011 dan 2012 kidin pernah mengidap penyakit darah tinggi, kemungkinan desebabkan keturunan dan cara pemakanan. Doktor menyarankan mengambil ubat Norvask, banyakkan bersukan dan selalu memeriksa tekanan darah. Jadi kidin pun beli Alat Pemeriksaan tekanan darah.

20150802_112757

Bacaan tekanan diastolik kidin menghampiri 90 contohnya 128/88. Ubat Norvask merupakan salah satu ‘Calcium Channel blockers’. Ia menghalang calcium dari memasuki sel otot lembut jantung dan salur darah. Apabila calcium memasuki sel-sel ini, ia menyebabkan pengecutan atau denyutan yang lebih kuat dan keras; jadi dengan menghalang kemasukan calcium, degupan jantung tidak terlalu kuat. Ubat ini juga merehatkan dan membuka salur darah yang sempit, mengurangkan denyutan jantung dan seterusnya menurunkan tekanan darah.

Mungkin ada di antara anda atau ahli keluarga yang menerima ubat-ubat lain seperti:

  • Diuretic – Ubat jenis ini merangsang buah pinggang supaya meningkatkan pembuangan air kencing. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kandungan cecair di dalam darah dan dengan itu merendahkan tekanan darah. E.g. Lasix, Diuril, Microzide.
  • Vasodilator – Ubat jenis ini merangsang dinding kapilari darah supaya menjadi relaks dan lentur, seterusnya mengembangkan salur darah. E.g. Apresoline, Loniten.
  • Alpha Blocker – Ubat jenis ini mengelakkan dinding saluran darah daripada menjadi tegang. E.g. Cardura, Minipress, Hytrin.
  • ACEs Inhibitor – Ubat jenis ini mengurangkan penghasilan hormon angiotensin yang merangsang saluran darah menjadi tegang. Jadi salur darah menjadi relaks dan membuka. E.g. Lotensin, Vasotec.

Anda perlu mengikuti nasihat doktor dan mengambil ubat yang disarankan secara berkala untuk mengurangkan tekanan darah. Tetapi kidin berusaha untuk tidak bergantung kepada ubat selama-lamanya kerana terdapat kesan-kesan sampingan dari bahan kimia ubat tersebut.

Arwah ayah juga menghadapi masalah darah tinggi, mengambil pil-pil ubat berterusan, dosage ubat yang semakin tinggi tetapi tekanan darah tidak menurun, mendapat stroke dan akhirnya mengalami kegagalan buah pinggang.

Perkembangan darah tinggi beliau seperti berikut:

  1. Darah Pekat dan gelap – Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic), kepekatan darah menjadi semakin meningkat dan ini menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama (rouleaux formation), menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah dengan lancar. Rintangan ini memaksa jantung mengepam lebih kuat lagi dan menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi.
  2. Kerap letih dan mengantuk – Darah yang pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak tidak terima bekalan oksigen secukupnya, beliau akan kerap berasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur juga turut terganggu.
  3. Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah tekanan darah tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas kualiti hidup seksual anda.
  4. Kerap sakit kepala – tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak semakin sempit dan tekanan dalaman otak semakin meningkat.
  5. Penglihatan semakin kabur – Pengaliran di kapilari darah pada mata terjejas, sel-sel mata semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak. Arwah ayah tidak dapat melihat kidin dan ahli keluarga lain dengan jelas.
  6. Masalah buah pinggang dan pengerasan salur darah – Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Selain perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang banyak dimakan.
  7. Stroke dan serangan sakit jantung berlaku tanpa diduga. Kegagalan buah pinggang menyebabkan toksin tidak boleh dikumuhkan dari badan.

Pada tahun 2013, kidin diperkenalkan dengan produk tekstil Vken yang mengandungi bahan yang boleh menghasilkan sinar inframerah jauh (‘Far infrared rays’) yang membantu melancarkan pengaliran darah, mengaktifkan sel-sel darah dan membuang toksin.

IMG_20150802_225025

Alhamdulilah, tekanan darah mula terkawal dan tidak perlu bergantung kepada ubat setelah mendapat nasihat rakan doktor.

20150802_111922

Sebenarnya kidin mula memakai produk vken setelah melihat perubahan tekanan darah pada emak kidin. Beliau pernah menjalani pembedahan jantung untuk menukar injap jantung dan juga membuat bypass 5 tahun dahulu. Namun tekanan darah beliau masih tinggi selepas pembedahan jantung, iaitu dalam lingkungan 180/90 walaupun memakan ubat Norvask dan ubat sampingan lain. Setelah memakai stokin vken, pengaliran darah emak semakin lancar, ubat yang dimakan mula menampakkan kesan dan tekanan darah mula menurun sehingga dalam lingkungan 130/80. Selain daripada itu, kandungan kolesterol dalam darah kembali normal.

IMG_20150802_113702

Gambar kidin bersama emak dan isteri pada hari raya 2015.

Kepada rakan-rakan yang mempunyai kenalan yang mengidap penyakit darah tinggi, kidin sarankan agar mula menggunakan produk vken dan juga mengubah cara hidup seperti mengurangkan pengambilan garam, meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal, mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan, berhenti merokok dan kurangkan stress.

Jika ingin mengetahui tentang produk vken, boleh terus menghubungi Kidin di 0176486196 atau mengisi borang di bawah:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s